Tuesday 17 May 2011

DOKUMEN KURSUS


Minggu yang agak sibuk dengan menyiapkan dokumentasi seperti surat-surat dan brosur untuk di edar kepada wakil-wakil agensi jabatan kerajaan dan swasta dalam Malaysia yang ingin mengikut kurus-kursus yang dianjurkan oleh team GOPPSZ-UK.

Team GOPPSZ-UK tidak kenal erti penat, ada sahaja aktiviti yang kami lakukan demi menambahkan lagi dana yang terkumpul.

Segala dokumentasi atas usaha dan kreativiti team kami sendiri bagi mengelak pengeluaran kos yang tinggi.

Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Namun bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Setiap usaha memerlukan pengorbanan yang cukup kuat barulah impian kita tercapai.

Doakan, team GOPPSZ-UK dapat merealisasikan impiannya. 

GOPPSZ-UK Boleh!!

No comments:

Post a Comment