Sunday, 26 June 2011

LANJUTAN TARIKH TUTUP SEHINGGA 30.06.2011 - BENGKEL 'JOOMLA'

Imej : Ihsan Yahoo

BERITA BAIK !!!
PIHAK URUSETIA PROGRAM BERSEDIA MELANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN BENGKEL 'JOOMLA' SEHINGGA 30.06.2011 BAGI MEMBERI RUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENYERTAINYA. HUBUNGI KAMI SEGERA, PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!
 
SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN, KAMI BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS INI UNTUK PUSINGAN KEDUA DAN SELANJUTNYA .....
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI!
Borang penyertaan tambahan boleh diakses di sini : Brosur Kursus
(best view on Internet Explorer browser)

ANJURAN :
  • PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU, JOHOR
TARIKH :
  • 5 - 6 JULAI 2011
PENGENALAN :
  • Bengkel ini diadakan khusus bagi pustakawan yang ingin menggunakan sistem sumber terbuka  JOOMLA dalam membangun dan menghasilkan laman web perpustakaan yang lebih efektif.
  • Joomla  kini menjadi Content Management System (CMS) yang digunapakai dengan meluas di seluruh dunia.  Ia mampu  menjadikan rekabentuk laman web Perpustakaan lebih berfokus pengguna, isi kandungan yang lebih mudah diurus serta interaktif. 
  • Melalui kursus ini, peserta akan dapat mempelajari teknik-teknik menggunakan sistem JOOMLA dalam membangunkan laman web khusus mengikut keperluan sesebuah perpustakaan. 
  • Peserta akan diberikan latihan praktik langkah demi langkah menggunakan JOOMLA dibawah bimbingan pustakawan kami yang mahir serta berpengalaman luas dalam menggunakan sistem ini.
OBJEKTIF BENGKEL :
  • Memberi pendedahan asas kepada JOOMLA serta bagaimana ia boleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan laman web Perpustakaan.
  • Memberi panduan dalam merancang rekabentuk laman web Perpustakaan yang lebih efektif dan berfokus pengguna.
  • Membimbing  serta  memberi latihan  praktik menggunakan JOOMLA.
  • Berkongsi teknik-teknik serta tips  menggunakan Joomla dalam pembangunan laman web perpustakaan.
FASILITATOR :
  • En. Mohd Razib Karno, Pustakawan   UTM berpengalaman luas menggunakan JOOMLA  dalam pembangunan laman web khusus bagi Perpustakaan.
HASIL KURSUS :
  • Mendapat pendedahan serta kefahaman dalam teknik-teknik menggunakan JOOMLA.
  • Memahami kaedah penggunaan Joomla khusus bagi aplikasi di Perpustakaan.
  • Mendapat idea baru dalam menghasilkan laman web perpustakaan yang lebih kreatif dan inovatif.
PESERTA  :
  • Terbuka kepada Pustakawan/Staf yang  mengendali dan menguruskan laman web.
  • Sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pembangunan dan pengurusan laman web menggunakan sumber terbuka  JOOMLA.
  • Terhad kepada 20 orang setiap sesi.
YURAN & SIJIL PENYERTAAN :
  • RM 800.00 (Tidak termasuk penginapan)
  • Sijil penyertaan akan diberikan.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah pada 24hb. Jun 2011. DILANJUTKAN SEHINGGA 30.06.2011 @ KHAMIS.
BAYARAN :
  • Tunai / Cek / Draf Bank / Local order (L/O) atau Money Order atas nama BENDAHARI UTM.
LOKASI BENGKEL :
  • Makmal Pencarian Maklumat, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru, JOHOR.
PENGINAPAN :
  • Bagi peserta yang memerlukan penginapan, pihak urusetia sedia membantu menyenaraikan  penginapan yang bersesuaian dan berhampiran dengan lokasi bengkel. 
Rumah Tamu Universiti : 07-5535197
RM 100.00 nett
Jarak - 2 km
Hotel Good Hope : 07-5572828
RM 139.15 nett
Jarak - 6 km
*Hotel Kelana : 07-5562050
RM 45.00 - RM 70.00 ++
Jarak - 6 km

*U Hotel : 07-5203688
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km

*Rose Cottage : 07-5211366
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km
Nota :-

* Hotel bajet
  • Urusan penginapan adalah di bawah tanggungjawab peserta.
  • Kadar yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Sila rujuk pihak hotel untuk kadar terkini.
TENTATIF BENGKEL
HARI PERTAMA

8.00 am : Pendaftaran
8.30 am – 8.45 am : Pengenalan Joomla 1.5.xx
8.45 am – 9.10 am : Instalasi Joomla
9.10 am – 9.30 am : Minum pagi
9.30 am – 11.00 am : Instalasi Joomla 
: Joomla core components settings
11.00 am – 12.45 pm : Memahami Sections dan categories
12.45 pm – 2.00 pm : Makan tengahari & solat
2.15 pm – 4.40 pm : Asas Modules Joomla 
: Memahami Template dan posisinya
4.40 pm – 5.00 pm : Minum petang & bersurai

HARI KEDUA

8.30 am – 10.00 am    : Bagaimana menggunakan  menu dan module menu
10.00 am –  10.30 am : Minum pagi
10.30 am – 12.30 pm : Membangunkan halaman dan editor artikel
: Menguruskan pengguna dan tahap aksess
12.30 pm – 2.00 pm     : Makan tengahari & solat
2.00  pm – 4.30 pm    : Menggunakan  extensions
4.30 pm – 5.00 pm : Minum petang & tamat
: Penyampaian Sijil

KETERANGAN LANJUT :
  • PN. HASLINA HUSSIN
  • 07 – 5530112
  • lina@mel.psz.utm.my
ATAU
  • PN. SITI ZALEHA SAMAD
  • 07 – 5530128
  • ct@mel.psz.utm.my
Nota: Jadual kursus adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Thursday, 16 June 2011

LANJUTAN TARIKH TUTUP SEHINGGA 23.06.2011 - BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER

 
Imej : Ihsan Yahoo
BERITA BAIK !!!
PIHAK URUSETIA PROGRAM BERSEDIA MELANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEHINGGA 23.06.2011 BAGI MEMBERI RUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENYERTAINYA. HUBUNGI KAMI SEGERA, PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!

SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN, KAMI BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS INI UNTUK PUSINGAN KEDUA DAN SELANJUTNYA .....
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI! 
Borang penyertaan tambahan boleh diakses di sini : Brosur Kursus
(best view on Internet Explorer browser)

ANJURAN :
  • Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.
TARIKH BENGKEL :
  • 28 - 29 Jun 2011.
PENGENALAN :
  • Peranan staf yang terlibat dengan pengurusan dan pengendalian pusat sumber / pusat maklumat bertambah kompleks selari dengan kehendak organisasi dan dasar pembangunan Negara. Atas kesedaran akan  kepentingan ini, PSZ mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel ini bagi menambahkesanan fungsi sesebuah pusat sumber / pusat maklumat.
OBJEKTIF :
  • Memberi pengetahuan asas kepada petugas perpustakaan mengenai pengurusan menyeluruh sesebuah perpustakaan / pusat sumber.
  • Memberi pendedahan & latihan berhubung kerja-kerja teknikal prosesan bahan / koleksi mengikut piawaian ditetapkan.
  • Mededahkan petugas perpustakaan dengan persekitaran dan kemudahan yang boleh membantu di dalam mengendalikan pusat sumber /pusat maklumat dengan lebih berkesan.
  • Medan perkongsian maklumat dan pengalaman dengan perpustakaan / pusat sumber lain.
FAEDAH BENGKEL :
  • Setiap peserta akan lebih memahami  fungsi serta peranan perpustakaan / pusat sumber sebagai pusat yang bertanggungjawab membangunkan koleksi dan penyedia perkhidmatan kepada pengguna.
  • Mendapat perspektif baru dan konsep terkini terhadap fungsi perpustakaan / pusat sumber.
FASILITATOR :
  • Pustakawan PSZ yang berpengetahuan luas serta mahir di dalam pengurusan ilmu pengetahuan dan perpustakaan.
PESERTA  :
  • Terbuka kepada guru atau individu / wakil organisasi yang mengendalikan  pusat sumber/perpustakaan, ahli pustakawan sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat.
  • Terhad kepada 20 orang peserta.
YURAN PENYERTAAN :
  • Peserta dikenakan bayaran RM 350.00.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah pada atau sebelum 17hb. Jun 2011 23.06.2011
BAYARAN :
  • Tunai Tunai / Cek / Draf Bank / Local order (L/O) atau Money Order atas nama BENDAHARI UTM
LOKASI BENGKEL :
  • Bilik Seminar 3, Aras 4, Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, JOHOR.
PENGINAPAN :
  • Bagi peserta yang memerlukan penginapan, pihak urusetia sedia membantu menyenaraikan  penginapan yang bersesuaian dan berhampiran dengan lokasi bengkel. 
Rumah Tamu Universiti : 07-5535197
RM 100.00 nett
Jarak - 2 km
Hotel Good Hope : 07-5572828
RM 139.15 nett
Jarak - 6 km
*Hotel Kelana : 07-5562050
RM 45.00 - RM 70.00 ++
Jarak - 6 km

*U Hotel : 07-5203688
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km

*Rose Cottage : 07-5211366
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km
Nota :-

* Hotel bajet
  • Urusan penginapan adalah di bawah tanggungjawab peserta.
  • Kadar yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Sila rujuk pihak hotel untuk kadar terkini.


TENTATIF BENGKEL
HARI PERTAMA – 28.06.2011
8.00 am    : Pendaftaran
8.30 am – 8.45 am    : Taklimat bengkel
8.45 am – 9.10 am    : Pengenalan kepada Pusat Sumber / Perpustakaan
9.10 am – 9.30 am    : Minum pagi
9.30 am – 11.00 am    : Perolehan bahan perpustakaan
  • Pemilihan pembekal
  • Pemilihan bahan / pembinaan koleksi
  • Dasar / polisi perolehan
  • Pesanan bahan
  • Penerimaan bahan
  • Aksesan
  • Rekod & statistik
11.00 am – 12.45 pm    : Mengkelas & mengkatalog bahan – Bahagian I
  • Pengenalan kepada system pengkelasan & pengkatalogan.
  • Menentukan tajuk perkara & pengkelasan
  • Amalan dasar
12.45 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.00 pm – 4.45 pm    : Mengkelas & mengkatalog bahan – Bahagian II
  • Latihan mengkelas & mengkatalog bahan
  • Kaedah melabel bahan
  • Susunan bahan di rak
  • Rekod & statistik   
4.45 pm     : Minum petang & bersurai

HARI KEDUA – 29.06.2011

8.30 am – 9.30 am    : Sistem automasi perpustakaan – Bahagian I
  • Pengenalan kepada sistem automasi perpustakaan
  • Pengenalan kepada pembinaan laman web
9.30 am – 9.50 am    : Minum pagi
9.50 am – 12.45 pm    : Sistem automasi perpustakaan – Bahagian II
  • Latihan pembinaan laman web perpustakaan
  • Integrasi rekod kepada maklumat atas talian
  • Pencarian maklumat atas talian
12.45 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.00 pm – 3.00 pm    : Perkhidmatan rujukan dan maklumat
  • Jenis-jenis perkhidmatan
  • Dasar / polisi perkhidmatan
  • Pencarian sumber rujukan melalui internet
  • Rekod & statistik
3.00 pm – 4.15 pm    : Sistem Sirkulasi
  • Peminjaman dan pemulangan bahan
  • Dasar / polisi sirkulasi
  • Pengurusan koleksi (keselamatan & inventori)
  • Susunatur ruang
4.15 pm    : Penutup dan penyampaian sijil /  Minum petang & bersurai
 
UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI :
  • PN. NORAZIAH SHARUDDIN
  • 07 - 5530104
  • azie@mel.psz.utm.my
ATAU
  • PN. HASLINA HUSSIN
  • 07 – 5530112
  • lina@mel.psz.utm.my
ATAU
  • Layari blog kami di URL :
  • http://gop2011.blogspot.com

Nota :
Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Monday, 30 May 2011

LANJUTAN TARIKH TUTUP SEHINGGA 07.06.2011 - KURSUS PEMBINAAN & PENULISAN BLOG (WORDPRESS)

BERITA BAIK !!!
PIHAK URUSETIA PROGRAM BERSEDIA MELANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN KURSUS PEMBINAAN & PENULISAN BLOG (WORDPRESS) SEHINGGA 10.06.2011 BAGI MEMBERI RUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENYERTAINYA. HUBUNGI KAMI SEGERA, PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!

Imej : Ihsan Yahoo

SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN, KAMI BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS INI UNTUK PUSINGAN KEDUA DAN SELANJUTNYA .....
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI! 
Borang penyertaan tambahan boleh diakses di sini : Brosur Kursus
(best view on Internet Explorer browser)

ANJURAN :
  • Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ), Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.
TARIKH :
  • 14 - 15 Jun 2011.
OBJEKTIF KURSUS :
  • Kursus ini diadakan untuk memberi pengetahuan asas tentang blog, etika blogger, cara membuat blog ( domain, hosting, design layout, posting article, edit, upload gambar, video, muzik dll) serta teknik –teknik asas blogging.
  • Memahami konsep blog, blogger & blogging.
    Menyediakan blog yang ringkas, cepat dan bermanfaat.
    Berinteraksi di internet menggunakan media blog.
KANDUNGAN KURSUS :
  • Pengenalan kepada blog, blogger & blogging.
  • Senario blog.
  • Hos Blog.
  • Keperluan membina blog.
  • Menjadi penulis blog yang baik.
  • Host blog percuma – WordPress (mendaftar, posting artikel, gambar & video, 6 wiget asas, link, pages & komen).
FAEDAH KURSUS :
  • Di akhir kursus, peserta akan dapat menghasilkan dan memiliki blog masing-masing untuk pelbagai tujuan yang bermanfaat.
  • Membentuk jaringan komunikasi yang meluas di kalangan pengguna internet sebagai satu bentuk  rekreasi yang sihat dan bertukar fikiran serta berkongsi minat yang sama.
FASILITATOR :
  • En Mohd Fuad Mohamed Yusof  (UTM).
  • Berpengalaman luas dalam memberi bimbingan teori dan praktikal pembinaan dan penulisan blog.
PESERTA  :
  • Terbuka kepada mereka yang terlibat dengan pembangunan blog di sekolah, jabatan atau organisasi.
  • Sesiapa sahaja yang berminat mendalami blog untuk keperluan individu atau tujuan menjana kewangan.
  • Terhad kepada 20 orang setiap sesi.
YURAN & SIJIL PENYERTAAN :
  • RM 450.00 sahaja. Minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan.
  • Sijil penyertaan disediakan.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 31hb. Mei 2011. Dilanjutkan sehingga 07.06.2011. Segera hubungi kami untuk mengesahkan penyertaan anda!!!
BAYARAN :
  • Tunai / Cek / Draf Bank / Local order (L/O) atau Money Order atas nama BENDAHARI UTM.
LOKASI BENGKEL :
  • Makmal Pencarian Maklumat, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, JOHOR.
PENGINAPAN :
  • Bagi peserta yang memerlukan penginapan, pihak urusetia sedia membantu menyenaraikan  penginapan yang bersesuaian dan berhampiran dengan lokasi bengkel.
Rumah Tamu Universiti : 07-5535197
RM 100.00 nett
Jarak - 2 km
Hotel Good Hope : 07-5572828
RM 139.15 nett
Jarak - 6 km
*Hotel Kelana : 07-5562050
RM 45.00 - RM 70.00 ++
Jarak - 6 km

*U Hotel : 07-5203688
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km

*Rose Cottage : 07-5211366
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km
Nota :-

* Hotel bajet
  • Urusan penginapan adalah di bawah tanggungjawab peserta.
  • Kadar yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Sila rujuk pihak hotel untuk kadar terkini.
TENTATIF KURSUS
HARI PERTAMA

8.00 am    : Pendaftaran
8.30 am – 10.00 am    : 
Pengenalan - Apakah blog, blogger,blogging?
  • Sejarah blog
  • Definisi blog
  • Senario blog
  • Hos Blog
  • Hosting & Non Hosting
Contoh-contoh blog
10.00 am – 10.30 am : Minum pagi
10.30 am – 12.30 pm : 
Teori dan Latihan I  
  • Registration
  • Layout (Format Blog)
  • Edit Theme
Teori dan Latihan II
  • Post
  • Add New
  • Edit artikel
  • Create Categories
  • Post Tag
Publish
  • Draft
  • Public/Password
12.30 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.15 pm -4.40 pm : 
Teori dan Latihan : Comment      
  • Publish comment
  • Leave a Reply
  • Notify via e-mail
Widget
  • Search
  • Text - Standard -- Html
Archives
  • Dropdown
  • List
Link
  • Insert
  • New window
  • Same Window
Meta
  • Login
Blog Stat
RSS
Lain-lain
4.40 pm – 5.00 pm    : Minum petang & bersurai

HARI KEDUA

8.30 am – 10.00 am : 
Teori dan Latihan:Sumber media di internet.Insert media di WP Banner/header
  • Custom/size
  • Pic editor
Picture
  • Copy pic
  • Crop/ resize
  • Insert Pic into post
Video
  • Embed Video
Document (words, ppt dll)
  • Insert doc
10.00 am – 10.30 am    : Minum pagi
10.30 am – 12.30 pm    : Teori dan Latihan III 
Create Pages
12.30 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.15  pm – 4.40 pm    : 
Sesi Perkongsian
Teknologi Blog Terkini
Persembahan setiap orang
Sesi soal Jawab
4.40 pm – 5.00 pm    : Minum petang & tamat

KETERANGAN LANJUT :
  • PN. HASLINA HUSSIN
  • 07 – 5530112
  • lina@mel.psz.utm.my
ATAU
  • PN. SITI ZALEHA SAMAD
  • 07 – 5530128
  • ct@mel.psz.utm.my
ATAU
  • Layari blog kami di URL berikut :
  • http://gop2011.blogspot.com
Nota: Perubahan jadual & tempat kursus adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

Wednesday, 18 May 2011

UNIVERSITI OXFORD

Sumbangan : Incik Google

Kalau mengikut rangka lawatan team GOPPSZ-UK, Universiti Oxford merupakan salah satu destinasi lawatan kami.

Memandangkan Universiti Oxford mempunyai kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor di dunia maka ianya merupakan peluang keemasan yang patut team GOPPSZ-UK lawati.


Tuesday, 17 May 2011

DOKUMEN KURSUS


Minggu yang agak sibuk dengan menyiapkan dokumentasi seperti surat-surat dan brosur untuk di edar kepada wakil-wakil agensi jabatan kerajaan dan swasta dalam Malaysia yang ingin mengikut kurus-kursus yang dianjurkan oleh team GOPPSZ-UK.

Team GOPPSZ-UK tidak kenal erti penat, ada sahaja aktiviti yang kami lakukan demi menambahkan lagi dana yang terkumpul.

Segala dokumentasi atas usaha dan kreativiti team kami sendiri bagi mengelak pengeluaran kos yang tinggi.

Ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. Namun bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Setiap usaha memerlukan pengorbanan yang cukup kuat barulah impian kita tercapai.

Doakan, team GOPPSZ-UK dapat merealisasikan impiannya. 

GOPPSZ-UK Boleh!!

Monday, 16 May 2011

CHARITY JUMBLE SALES 13 MEI 2011


Kuih, kuih, kuiiihhhh. 

Eh! Mana ada bunyi lagu macam tu...hehehe. Depan librarykan so kenalah jaga imej serta contoh yang baik kepada pengguna.

Alhamdulilah, selesai sudah jualan amal untuk jumaat yang lepas. Pelbagai jenis juadah makanan habis di jual begitu juga dengan tempahan yang kami terima.

Moga niat dan usaha murni team GOPPSZ-UK akan tercapai pada bulan Oktober 2011. Insyallah.

Tuesday, 10 May 2011

JUALAN CHARITY HAMPER

Imej : Ihsan Yahoo 
TAWARAN MENARIK :
  • SEBAGAI SALAH SATU USAHA UNTUK MEMBENTUK BUDAYA KEUSAHAWANAN DI KALANGAN PESERTA GOP, KAMI TELAH MERANGKA USAHA UNTUK MENJUAL BARANGAN DALAM BENTUK ‘CHARITY HAMPER’ UNTUK DITAWARKAN KEPADA ANDA!!!
    PELUANG YANG DATANG HANYA SEKALI 
    JANGAN LEPASKAN KESEMPATAN INI 
    TERIMA KASIH DAUN KELADI 
    SOKONGAN ANDA KAMI HARGAI
      HARGA JUALAN YANG BERPATUTAN ISTIMEWA UNTUK ANDA : 
      • RM 500 – PAKEJ KORPORAT 
      • RM 200 – PAKEJ INDIVIDU
      BAYARAN :  
      • SERAHAN CEK KEPADA KAMI ATAS NAMA  BENDAHARI UTM 
      • TUNAI - SERAHAN TERUS KEPADA WAKIL KAMI YANG DILANTIK
      SEBARANG PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI :
      • PN. NORAZIAH SHARUDDIN – 07-5530104 
      • PN. ZURINA ROSMANI – 07-5530076 
      • PN. HASLINA HUSSIN – 07-5530112 
      • PN. SITI ZALEHA SAMAD – 07-5530128 
      • PN. JUNAINAH JUKEE – 07-5530164
      ALAMAT PENGHANTARAN CEK :

      BAHAGIAN PERKHIDAMATAN MAKLUMAT
      PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH
      UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
      81310 JOHOR BAHRU
      JOHOR
      (U.P : PN. NORAZIAH SHARUDDIN) 
      Imej : Ihsan Yahoo 
      ANDA DI HATI KAMI!