Sunday 26 June 2011

LANJUTAN TARIKH TUTUP SEHINGGA 30.06.2011 - BENGKEL 'JOOMLA'

Imej : Ihsan Yahoo

BERITA BAIK !!!
PIHAK URUSETIA PROGRAM BERSEDIA MELANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN BENGKEL 'JOOMLA' SEHINGGA 30.06.2011 BAGI MEMBERI RUANG KEPADA PESERTA UNTUK MENYERTAINYA. HUBUNGI KAMI SEGERA, PASTIKAN ANDA TIDAK KETINGGALAN!
 
SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN, KAMI BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS INI UNTUK PUSINGAN KEDUA DAN SELANJUTNYA .....
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI!
Borang penyertaan tambahan boleh diakses di sini : Brosur Kursus
(best view on Internet Explorer browser)

ANJURAN :
  • PERPUSTAKAAN SULTANAH ZANARIAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, JOHOR BAHRU, JOHOR
TARIKH :
  • 5 - 6 JULAI 2011
PENGENALAN :
  • Bengkel ini diadakan khusus bagi pustakawan yang ingin menggunakan sistem sumber terbuka  JOOMLA dalam membangun dan menghasilkan laman web perpustakaan yang lebih efektif.
  • Joomla  kini menjadi Content Management System (CMS) yang digunapakai dengan meluas di seluruh dunia.  Ia mampu  menjadikan rekabentuk laman web Perpustakaan lebih berfokus pengguna, isi kandungan yang lebih mudah diurus serta interaktif. 
  • Melalui kursus ini, peserta akan dapat mempelajari teknik-teknik menggunakan sistem JOOMLA dalam membangunkan laman web khusus mengikut keperluan sesebuah perpustakaan. 
  • Peserta akan diberikan latihan praktik langkah demi langkah menggunakan JOOMLA dibawah bimbingan pustakawan kami yang mahir serta berpengalaman luas dalam menggunakan sistem ini.
OBJEKTIF BENGKEL :
  • Memberi pendedahan asas kepada JOOMLA serta bagaimana ia boleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan laman web Perpustakaan.
  • Memberi panduan dalam merancang rekabentuk laman web Perpustakaan yang lebih efektif dan berfokus pengguna.
  • Membimbing  serta  memberi latihan  praktik menggunakan JOOMLA.
  • Berkongsi teknik-teknik serta tips  menggunakan Joomla dalam pembangunan laman web perpustakaan.
FASILITATOR :
  • En. Mohd Razib Karno, Pustakawan   UTM berpengalaman luas menggunakan JOOMLA  dalam pembangunan laman web khusus bagi Perpustakaan.
HASIL KURSUS :
  • Mendapat pendedahan serta kefahaman dalam teknik-teknik menggunakan JOOMLA.
  • Memahami kaedah penggunaan Joomla khusus bagi aplikasi di Perpustakaan.
  • Mendapat idea baru dalam menghasilkan laman web perpustakaan yang lebih kreatif dan inovatif.
PESERTA  :
  • Terbuka kepada Pustakawan/Staf yang  mengendali dan menguruskan laman web.
  • Sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik pembangunan dan pengurusan laman web menggunakan sumber terbuka  JOOMLA.
  • Terhad kepada 20 orang setiap sesi.
YURAN & SIJIL PENYERTAAN :
  • RM 800.00 (Tidak termasuk penginapan)
  • Sijil penyertaan akan diberikan.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah pada 24hb. Jun 2011. DILANJUTKAN SEHINGGA 30.06.2011 @ KHAMIS.
BAYARAN :
  • Tunai / Cek / Draf Bank / Local order (L/O) atau Money Order atas nama BENDAHARI UTM.
LOKASI BENGKEL :
  • Makmal Pencarian Maklumat, Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru, JOHOR.
PENGINAPAN :
  • Bagi peserta yang memerlukan penginapan, pihak urusetia sedia membantu menyenaraikan  penginapan yang bersesuaian dan berhampiran dengan lokasi bengkel. 
Rumah Tamu Universiti : 07-5535197
RM 100.00 nett
Jarak - 2 km
Hotel Good Hope : 07-5572828
RM 139.15 nett
Jarak - 6 km
*Hotel Kelana : 07-5562050
RM 45.00 - RM 70.00 ++
Jarak - 6 km

*U Hotel : 07-5203688
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km

*Rose Cottage : 07-5211366
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km
Nota :-

* Hotel bajet
  • Urusan penginapan adalah di bawah tanggungjawab peserta.
  • Kadar yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Sila rujuk pihak hotel untuk kadar terkini.
TENTATIF BENGKEL
HARI PERTAMA

8.00 am : Pendaftaran
8.30 am – 8.45 am : Pengenalan Joomla 1.5.xx
8.45 am – 9.10 am : Instalasi Joomla
9.10 am – 9.30 am : Minum pagi
9.30 am – 11.00 am : Instalasi Joomla 
: Joomla core components settings
11.00 am – 12.45 pm : Memahami Sections dan categories
12.45 pm – 2.00 pm : Makan tengahari & solat
2.15 pm – 4.40 pm : Asas Modules Joomla 
: Memahami Template dan posisinya
4.40 pm – 5.00 pm : Minum petang & bersurai

HARI KEDUA

8.30 am – 10.00 am    : Bagaimana menggunakan  menu dan module menu
10.00 am –  10.30 am : Minum pagi
10.30 am – 12.30 pm : Membangunkan halaman dan editor artikel
: Menguruskan pengguna dan tahap aksess
12.30 pm – 2.00 pm     : Makan tengahari & solat
2.00  pm – 4.30 pm    : Menggunakan  extensions
4.30 pm – 5.00 pm : Minum petang & tamat
: Penyampaian Sijil

KETERANGAN LANJUT :
  • PN. HASLINA HUSSIN
  • 07 – 5530112
  • lina@mel.psz.utm.my
ATAU
  • PN. SITI ZALEHA SAMAD
  • 07 – 5530128
  • ct@mel.psz.utm.my
Nota: Jadual kursus adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment