Monday 25 April 2011

PERSIAPAN MENJELANG JUALAN AMAL NASI LEMAK OXFORD


Sumber Imej : Incik Google

Memandangkan tempahan jaualan amal nasi lemak Oxford telah pun di tutup permintaaannya.  Insyallah esok semua tempahan akan di edarkan kepada individu yang sudah pun membuat tempahan. 

Minggu ini sudah 2 kali team GOPPSZ-UK mengadakan perjumpaan berkaitan jualan amal Nasi Lemak Oxford. Ianya bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan, memerlukan kerjasama dalam kumpulan.

Esok semua ahli menunjukkan kemahiran dalam bidang masakan. Kami yakin setiap usaha yang baik pastinya ada kejayaan. Insyallah. Pembahagian tugas sudah pun dilakukan, ada yang masak nasi lemak, sambal udang, telur rebus,  ayam goreng berempah, kek dan air minuman. 

Moga esok, 27 April 2011 pengagihan  nasi lemak Oxford dapat terlaksana dan berjalan dengan lancar, moga impian ini dapat direalisasikan  oleh GOPPSZ-UK Oktober ini.

Friday 22 April 2011

CHARITY JUMBLE SALE GOPPSZ-UK 22 APRIL 2011


Diam tak diam sudah minggu ke 2, team GOPPSZ-UK membuat jualan amal. Minggu ini kami hanya menjual pelbagai jenis makanan antaranya nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, sandwich sardin dan telur, kuih lapis sarawak, karipap, burger ayam dan daging, burger Malaysia, nugget, buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.

Masing-masing menunjukkan kemahiran dalam bidang masakan untuk di jadikan modal dalam aktiviti ini. Kesungguhan yang di tunjukkan oleh setiap ahli cukup membanggakan.

Hasil jualan makanan habis di jual jam 2.45ptg, memandangkan hari ini jumaat gerai kami di serbu dengan ahli jemaah yang Masjid Sultan Ismail yang balik menunaikan solat jumaat. Alhamdulilah.

Team GOPPSZ ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Nazrinda A.Samah yang berjaya meneka jumlah kacang dalam balang minggu lepas. Tahniah! Cik Nazrin.

Jumpa lagi dengan jualan kami pada 30 April 2011, hari jumaat di foyer PSZ dengan hasil jualan kami.
 

CHARITY JUMBLE SALE GOPPSZ-UK 15 APRIL 2011



Alhamdulilah, jam 3.00ptg hasil jualan makanan kami habis dijual dan yang tinggal kain baju untuk di bawa keminggu berikutnya.

Suasana cukup meriah dengan suara penjual dan pengunjung yang datang. Tiada erti penat dalam team GOPPSZ-UK kerana masing-masing menunjukkan komitmen yang cukup tinggi. Pembahagian tugas setiap ahli adalah sama rata dan juga dikehendaki bertugas mengikut giliran masa yang ditetapkan.

Selain jualan makanan dan pakaian kami ada mengadakan teka kacang dan teka berat labu. Teka jangan tak teka! Sekali penyertaan hanya di kenakan RM11.00 sahaja. Mudahkan?

Jangan lupa untuk membeli hasil jualan kami pada minggu berikutnya.

Membeli sambil beramal!

Thursday 21 April 2011

JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN


Sumber Imej : Incik Google


Salam untuk semua pembaca blog GOPPSZ-UK.

Kita tidak tahu siapa yang mencipta pepatah " Jauh perjalanan, Luas pandangan " tetapi itulah realitinya! Sudah hampir 2 minggu team GOPPSZ-UK membuat persediaan dalam mencari sumber kewangan.

Melancong ke luar negara terutama negara barat memang memakan belanja yang agak besar. Bayangkan, sarapan pagi sudah RM49.00, itu baru sarapan pagi belum masuk yang lain-lain. Team GOPPSZ-UK kena berkerja kuat untuk mendapatkan sumber kewangan yang banyak dengan menjalankan pelbagai aktiviti.

7 hari di sana yang pasti akan menjadi memori indah dan macam-macam kita dapat catit dalam buku nota untuk di implementasikan di Malaysia.

Salah satu kebaikan " Global Outreach Programme, UTM " adalah kita bebas untuk melancong ke mana-mana dan melihat negara orang. Sebenarnya inilah kali pertama sebilangan besar team kami bakal menjejakkan kaki di Benua Eropah. Setiap kali melancong, fikiran kita akan terbuka kepada berbagai-bagai idea.

Alhamdulilah, banyak aktiviti yang di lakukan walaupun terdapat beberapa rintangan, tetapi tidak mengapa asalakan impian dan matlamat kami tercapai.

Seandainya kita merasakan bahawa diri kita ingin merubah, sedang mencari hala tuju yang sebenar, Islam menyuruh umatnya agar berhijrah atau menimba ilmu daripada sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada suasana yang lebih baik. 

GOPPSZ-UK BOLEH !

CHARITY JUMBLE SALE GOPPSZ-UK

Sumber : Incik Google

Charity Jumble Sale GOPPSZ-UK yang di anjurkan oleh Perpustakaan Sultanah Zanariah menjemput semua warga UTM untuk sama beramai-ramai untuk membeli jualan makanan kami.

Tempat : Foyer, PSZ
   Tarikh : 22 April 2011
    Masa : 9.00pg - 3.00ptg

Pelbagai jenis makanan ada di jual antaranya nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, puding, pelbagai jenis kuih-muih, buah-buahan dan air minuman.

Jangan malu2, jangan segan2, jangan pandang2. Beli jangan tak beli, membeli sambil beramal.

Wednesday 20 April 2011

JUALAN AMAL - NASI LEMAK OXFORD


Sumber : Incik Google

Kami dari Group GOP-PSZ akan mengadakan Jualan Amal :

NASI LEMAK OXFORD pada hari RABU 27 APRIL 2011  
dengan harga RM10.00


Mahal? oh tidak! kerana apa, tidak rugi jika menempah nasi lemak ini sebab  packagenya merangkumi:

Nasi  harum enak dari Basmathi
Sambal udang special
Ayam goreng berempah
Telur asli (bukan tiruan)
Air kotak
Buah segar dari ladang
Sepotong kek fresh dari oven

" 7 DALAM 1 HARGA "

Amacam? Puas hati? Makan sebungkus kenyang sampai ke malam.  Tak percaya?  kena percaya jugak.

Oklah jika ada yang berminat untuk buat tempahan, tarikh tutupnya ialah pada ISNIN 25 APRIL 2011 sebelum jam 5.00 petang.

Tempahan boleh dibuat melalui Pn. Junainah / Pn. Zurina / Pn. Siti Zaleha / Pn.Aliah dan juga rakan2 kita yang berada di Pusat Sumber Fakulti di UTM.

Kawan Tolong Kawan. Juga jika ada di antara sahabat2, jiran2, kaum keluarga dan sanak saudara.Terima kasih...terima kasih.

Setiap minggu, menu kita akan bertukar, apa tunggu lagi!

'' DON'T THINK, JUST BUY ''

Terima kasih daun keladi, 
Budimu saudara terpahat di hati