Friday 22 April 2011

CHARITY JUMBLE SALE GOPPSZ-UK 22 APRIL 2011


Diam tak diam sudah minggu ke 2, team GOPPSZ-UK membuat jualan amal. Minggu ini kami hanya menjual pelbagai jenis makanan antaranya nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, sandwich sardin dan telur, kuih lapis sarawak, karipap, burger ayam dan daging, burger Malaysia, nugget, buah-buahan dan pelbagai jenis minuman.

Masing-masing menunjukkan kemahiran dalam bidang masakan untuk di jadikan modal dalam aktiviti ini. Kesungguhan yang di tunjukkan oleh setiap ahli cukup membanggakan.

Hasil jualan makanan habis di jual jam 2.45ptg, memandangkan hari ini jumaat gerai kami di serbu dengan ahli jemaah yang Masjid Sultan Ismail yang balik menunaikan solat jumaat. Alhamdulilah.

Team GOPPSZ ingin mengucapkan tahniah kepada Cik Nazrinda A.Samah yang berjaya meneka jumlah kacang dalam balang minggu lepas. Tahniah! Cik Nazrin.

Jumpa lagi dengan jualan kami pada 30 April 2011, hari jumaat di foyer PSZ dengan hasil jualan kami.
 

5 comments:

  1. OK! Nape tak ambik gambo Cik Shikin ngan hadiah yang dimenangi. Kena promo lebih2 supaya ramai yang tertarikh, menarik dan ditarik untuk join aktiviti kita ni ......

    ReplyDelete
  2. kenapa tak de cerita terbaru?

    ReplyDelete
  3. inachomel : xde dlm simpanan sy :)

    Aziah : update dh...:)

    ReplyDelete