Thursday 21 April 2011

JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN


Sumber Imej : Incik Google


Salam untuk semua pembaca blog GOPPSZ-UK.

Kita tidak tahu siapa yang mencipta pepatah " Jauh perjalanan, Luas pandangan " tetapi itulah realitinya! Sudah hampir 2 minggu team GOPPSZ-UK membuat persediaan dalam mencari sumber kewangan.

Melancong ke luar negara terutama negara barat memang memakan belanja yang agak besar. Bayangkan, sarapan pagi sudah RM49.00, itu baru sarapan pagi belum masuk yang lain-lain. Team GOPPSZ-UK kena berkerja kuat untuk mendapatkan sumber kewangan yang banyak dengan menjalankan pelbagai aktiviti.

7 hari di sana yang pasti akan menjadi memori indah dan macam-macam kita dapat catit dalam buku nota untuk di implementasikan di Malaysia.

Salah satu kebaikan " Global Outreach Programme, UTM " adalah kita bebas untuk melancong ke mana-mana dan melihat negara orang. Sebenarnya inilah kali pertama sebilangan besar team kami bakal menjejakkan kaki di Benua Eropah. Setiap kali melancong, fikiran kita akan terbuka kepada berbagai-bagai idea.

Alhamdulilah, banyak aktiviti yang di lakukan walaupun terdapat beberapa rintangan, tetapi tidak mengapa asalakan impian dan matlamat kami tercapai.

Seandainya kita merasakan bahawa diri kita ingin merubah, sedang mencari hala tuju yang sebenar, Islam menyuruh umatnya agar berhijrah atau menimba ilmu daripada sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik dan daripada keadaan yang baik kepada suasana yang lebih baik. 

GOPPSZ-UK BOLEH !

No comments:

Post a Comment