Wednesday 20 April 2011

JUALAN AMAL - NASI LEMAK OXFORD


Sumber : Incik Google

Kami dari Group GOP-PSZ akan mengadakan Jualan Amal :

NASI LEMAK OXFORD pada hari RABU 27 APRIL 2011  
dengan harga RM10.00


Mahal? oh tidak! kerana apa, tidak rugi jika menempah nasi lemak ini sebab  packagenya merangkumi:

Nasi  harum enak dari Basmathi
Sambal udang special
Ayam goreng berempah
Telur asli (bukan tiruan)
Air kotak
Buah segar dari ladang
Sepotong kek fresh dari oven

" 7 DALAM 1 HARGA "

Amacam? Puas hati? Makan sebungkus kenyang sampai ke malam.  Tak percaya?  kena percaya jugak.

Oklah jika ada yang berminat untuk buat tempahan, tarikh tutupnya ialah pada ISNIN 25 APRIL 2011 sebelum jam 5.00 petang.

Tempahan boleh dibuat melalui Pn. Junainah / Pn. Zurina / Pn. Siti Zaleha / Pn.Aliah dan juga rakan2 kita yang berada di Pusat Sumber Fakulti di UTM.

Kawan Tolong Kawan. Juga jika ada di antara sahabat2, jiran2, kaum keluarga dan sanak saudara.Terima kasih...terima kasih.

Setiap minggu, menu kita akan bertukar, apa tunggu lagi!

'' DON'T THINK, JUST BUY ''

Terima kasih daun keladi, 
Budimu saudara terpahat di hati 

No comments:

Post a Comment