Tuesday 3 May 2011

BENGKEL PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SIRI I

Imej : Ihsan Yahoo

SEKIRANYA MENDAPAT SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN, KAMI BERSEDIA MENGADAKAN KURSUS INI UNTUK PUSINGAN KEDUA DAN SELANJUTNYA .....
SOKONGAN ANDA AMAT KAMI HARGAI! 
Borang penyertaan tambahan boleh diakses di sini : Brosur Kursus
(best view on Internet Explorer browser)

ANJURAN :
  • Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Johor.
TARIKH BENGKEL :
  • 28 - 29 Jun 2011.
PENGENALAN :
  • Peranan staf yang terlibat dengan pengurusan dan pengendalian pusat sumber / pusat maklumat bertambah kompleks selari dengan kehendak organisasi dan dasar pembangunan Negara. Atas kesedaran akan  kepentingan ini, PSZ mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel ini bagi menambahkesanan fungsi sesebuah pusat sumber / pusat maklumat.
OBJEKTIF :
  • Memberi pengetahuan asas kepada petugas perpustakaan mengenai pengurusan menyeluruh sesebuah perpustakaan / pusat sumber.
  • Memberi pendedahan & latihan berhubung kerja-kerja teknikal prosesan bahan / koleksi mengikut piawaian ditetapkan.
  • Mededahkan petugas perpustakaan dengan persekitaran dan kemudahan yang boleh membantu di dalam mengendalikan pusat sumber /pusat maklumat dengan lebih berkesan.
  • Medan perkongsian maklumat dan pengalaman dengan perpustakaan / pusat sumber lain.
FAEDAH BENGKEL :
  • Setiap peserta akan lebih memahami  fungsi serta peranan perpustakaan / pusat sumber sebagai pusat yang bertanggungjawab membangunkan koleksi dan penyedia perkhidmatan kepada pengguna.
  • Mendapat perspektif baru dan konsep terkini terhadap fungsi perpustakaan / pusat sumber.
FASILITATOR :
  • Pustakawan PSZ yang berpengetahuan luas serta mahir di dalam pengurusan ilmu pengetahuan dan perpustakaan.
PESERTA  :
  • Terbuka kepada guru atau individu / wakil organisasi yang mengendalikan  pusat sumber/perpustakaan, ahli pustakawan sekolah atau sesiapa sahaja yang berminat.
  • Terhad kepada 30 orang peserta.
YURAN PENYERTAAN :
  • Peserta dikenakan bayaran RM 350.00.
  • Tarikh akhir penyertaan adalah pada atau sebelum 17hb. Jun 2011
BAYARAN :
  • Tunai Tunai / Cek / Draf Bank / Local order (L/O) atau Money Order atas nama BENDAHARI UTM
LOKASI BENGKEL :
  • Bilik Seminar 3, Aras 4, Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, JOHOR.
PENGINAPAN :
  • Bagi peserta yang memerlukan penginapan, pihak urusetia sedia membantu menyenaraikan  penginapan yang bersesuaian dan berhampiran dengan lokasi bengkel. 
Rumah Tamu Universiti : 07-5535197
RM 100.00 nett
Jarak - 2 km
Hotel Good Hope : 07-5572828
RM 139.15 nett
Jarak - 6 km
*Hotel Kelana : 07-5562050
RM 45.00 - RM 70.00 ++
Jarak - 6 km

*U Hotel : 07-5203688
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km

*Rose Cottage : 07-5211366
RM 68.00 ++
Jarak - 2 km
Nota :-

* Hotel bajet
  • Urusan penginapan adalah di bawah tanggungjawab peserta.
  • Kadar yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Sila rujuk pihak hotel untuk kadar terkini.


TENTATIF BENGKEL
HARI PERTAMA – 28.06.2011
8.00 am    : Pendaftaran
8.30 am – 8.45 am    : Taklimat bengkel
8.45 am – 9.10 am    : Pengenalan kepada Pusat Sumber / Perpustakaan
9.10 am – 9.30 am    : Minum pagi
9.30 am – 11.00 am    : Perolehan bahan perpustakaan
  • Pemilihan pembekal
  • Pemilihan bahan / pembinaan koleksi
  • Dasar / polisi perolehan
  • Pesanan bahan
  • Penerimaan bahan
  • Aksesan
  • Rekod & statistik
11.00 am – 12.45 pm    : Mengkelas & mengkatalog bahan – Bahagian I
  • Pengenalan kepada system pengkelasan & pengkatalogan.
  • Menentukan tajuk perkara & pengkelasan
  • Amalan dasar
12.45 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.00 pm – 4.45 pm    : Mengkelas & mengkatalog bahan – Bahagian II
  • Latihan mengkelas & mengkatalog bahan
  • Kaedah melabel bahan
  • Susunan bahan di rak
  • Rekod & statistik   
4.45 pm     : Minum petang & bersurai

HARI KEDUA – 29.06.2011

8.30 am – 9.30 am    : Sistem automasi perpustakaan – Bahagian I
  • Pengenalan kepada sistem automasi perpustakaan
  • Pengenalan kepada pembinaan laman web
9.30 am – 9.50 am    : Minum pagi
9.50 am – 12.45 pm    : Sistem automasi perpustakaan – Bahagian II
  • Latihan pembinaan laman web perpustakaan
  • Integrasi rekod kepada maklumat atas talian
  • Pencarian maklumat atas talian
12.45 pm – 2.00 pm    : Makan tengahari & solat
2.00 pm – 3.00 pm    : Perkhidmatan rujukan dan maklumat
  • Jenis-jenis perkhidmatan
  • Dasar / polisi perkhidmatan
  • Pencarian sumber rujukan melalui internet
  • Rekod & statistik
3.00 pm – 4.15 pm    : Sistem Sirkulasi
  • Peminjaman dan pemulangan bahan
  • Dasar / polisi sirkulasi
  • Pengurusan koleksi (keselamatan & inventori)
  • Susunatur ruang
4.15 pm    : Penutup dan penyampaian sijil /  Minum petang & bersurai
 
UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI :
  • PN. NORAZIAH SHARUDDIN
  • 07 - 5530104
  • azie@mel.psz.utm.my
ATAU
  • PN. HASLINA HUSSIN
  • 07 – 5530112
  • lina@mel.psz.utm.my
ATAU
  • Layari blog kami di URL :
  • http://gop2011.blogspot.com

Nota :
Sebarang perubahan jadual adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment